Tuesday, December 1, 2009

zambry gila kuasa

tak ramai orang

Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama.

Che Johan memberitahu Malaysiakini, perhimpunan itu dianjurkan oleh kumpulan Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan (JRPK).

Difahamkan ia turut disertai kumpulan ahli-ahli Pemuda dan Puteri Umno.

Beliau, sebagai pengerusi penaja organisasi tersebut, berkata JRPK baru ditubuhkan dua bulan lalu dan mempunyai 100 ahli di setiap bahagian Umno.

Tambahnya, perhimpunan itu dihadiri oleh anggota- anggotanya, termasuk persatuan nelayan, persatuan tinju serta persatuan penarik beca.

"Kita beri tempoh 24 jam kepada Nik Abdul Aziz untuk tarik balik kenyataan dan juga doa supaya Datuk Najib dan pengikutnya musnah," katanya ketika dihubungi selepas perhimpunan tersebut.

saiworld

isu-isu terbaru daripada saiworld9.blogspot.com
nanti kemunculan nya....blog untuk semua kaum di malaysia....

test

dalam pembikinan.....test! test!